Saturday, October 23, 2021

Lelaki maut van terperangkap dalam kejadian tanah runtuh 

Mesti baca

KUCHING: Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dinaikinya terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Kota Sentosa – Bau di sini, awal pagi ini dalam kejadian pertama seumpamanya di kawasan terbabit.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, Mohd Asnan Led yang dipetik Astro Awani, mangsa berjaya dikeluarkan sekitar jam 1.59 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Hospital Umum Sarawak.

“Mayat mangsa yang identitinya disahkan sebagai Chai Kian Fah, 63 tahun, diserahkan kepada pihak polis untuk prosedur selanjutnya,” katanya.

Kata beliau,  pihaknya menerima maklumat kejadian sekitar jam 12.39 tengah malam.

Sebuah jentera dan ambulans EMRS dengan kekuatan 11 anggota segera diatur gerak ke lokasi dari Balai Bomba Dan Penyelamat Batu Lintang.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati sebuah kenderaan jenis van terperangkap di dalam tanah runtuh di tepi jalan utama, dengan seorang mangsa terperangkap di dalamnya.

“Pasukan bomba mengambil masa lebih sejam untuk mengeluarkan mangsa, berikutan struktur tanah yang tidak stabil dan masih berlaku runtuhan kecil, menyebabkan mereka terpaksa lebih berhati-hati,” katanya.

Sementara itu, gambar dan video keadaan di lokasi kejadian terbabit tular melalui media sosial awal pagi ini.

Secara Rawak

Artikel Terbaru