Friday, July 30, 2021

Lebih 145,000 penghantar makanan, barangan kini dilindungi Perkeso

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Lebih 145,000 penghantar barangan dan makanan yang menggunakan motosikal, basikal atau berjalan kaki dan juga rakan penghantar di seluruh negara kini dilindungi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Dua platform penyedia perkhidmatan terkemuka, Grab Malaysia dan Foodpanda, mendaftarkan hampir kesemua rakan penghantar mereka di bawah program SPS Lindung.

Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed yang dipetik  Astro Awani memaklumkan, ia bagi memastikan golongan terlibat dilindungi selain menggalakkan mereka mendaftar.

“Kerajaan melalui SPS Lindung, menyediakan bantuan berbentuk pembiayaan penuh caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Pelan 2 iaitu sebanyak RM232.80 untuk tempoh perlindungan selama setahun.

Selaku peneraju di kalangan 133 platform penyedia perkhidmatan di Malaysia, Grab Malaysia dan Foodpanda merupakan dua platform pertama yang tampil menyahut seruan tersebut.

Hasilnya, para rakan penghantar di bawah naungan mereka kini dilindungi Skim Bencana Pekerjaan di bawah SKSPS.

Antara lain, langkah tersebut disifatkan wajar bagi menjaga kebajikan mereka yang terdedah dengan risiko aktiviti pekerjaan terutamanya ketika di jalan raya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru