Wednesday, September 22, 2021

Kadar kebolehjangkitan menurun

Mesti baca

KUCHING: Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau Rt) Covid-19 di Malaysia kembali mencatat penurunan selepas empat hari dengan nilai Rt susut ke 1.19 pada Jumaat berbanding 1.20 hari sebelumnya.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Empat negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Putrajaya mencatat kadar tertinggi dengan 1.31, diikuti Terengganu, Negeri Sembilan dan Kedah.

Sembilan negeri lain mencatat kadar antara 1.19 dan 1.08.

Sarawak dan Labuan mencatat nilai Rt di bawah 1.0 sementara Perlis merekodkan 7 kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, yang tertinggi 1.21 pada 23 Mei.

Sementara itu, kes harian terus mencatatkan  angka tinggi dengan 12, 541 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam.

Sarawak merekodkan 423  semalam berbanding  hari sebelumnya menjadikan keseluruhan kes melebihi 70,000 setakat ini.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jumlah terkumpul  bagi negara ini ialah 893,323 kes.

Secara Rawak

Artikel Terbaru