Friday, October 22, 2021

Ibu pukul pengantin lelaki dengan selipar pada majlis bersanding

Mesti baca

UTTAR PRADESH: Seorang tetamu di majlis persandingan merakam aksi ibu pengantin lelaki memukulnya dengan selipar di hadapan tetamu lain baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, pasangan pengantin dilihat bertukar kalungan bunga di pentas dan seketika kemudian ibu pengantin lelaki naik pentas.

Dia dilihat mengambil selipar yang dipakainya dan memukul anaknya di hadapan orang ramai.

Tetamu yang merakam video itu memuat naik video tersebut di media sosial sehingga tular.

Menurut laporan DNA, insiden ini berlaku di Bharuwa Sumerpur, wilayah Hamirpur di Uttar Pradesh.

Tiada siapa tahu punca sebenar ibu tersebut memukul anaknya.

Namun, menurut laporan beberapa pihak, perkara itu mempunyai kaitan dengan anaknya yang berkahwin dengan gadis berlainan kasta.

Ibu pengantin lelaki dikatakan tidak puas hati dengan keputusan anaknya untuk tetap meneruskan perkahwinannya dengan gadis tersebut, biarpun dia mengetahui keluarganya terutama ibunya tidak bersetuju dengan pilihannya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru