Friday, July 30, 2021

Hakim digantung tugas tujuh hari, tunjuk pistol, ejek mangsa jenayah

Mesti baca

OSHKOSH: Hakim di Winnebago County digantung kerja tanpa gaji selama tujuh hari selepas Mahkamah Tinggi Wisconsin mendapati dia melakukan kesalahan “serius dan memberi kesan buruk kepada sistem kehakiman di mata masyarakat”.

“Hakim tersebut, Scott Woldt menggunakan “bahasa tidak bermaruah, tidak sopan dan tidak layak digunakan seorang hakim” dan menunjukkan “pengabaian terbuka terhadap kewajipannya mengadili orang awam dengan cara adil, bernas, tidak berat sebelah dan berbudi bahasa,” menurut keputusan Mahkamah Agung Wisconsin.

Woldt menjadi Hakim Winnebago County sejak 2004 digantung kerja pada 2 Ogos ini.

Jawatankuasa Kehakiman Wisconsin memfailkan aduan terhadapnya pada Jun 2020 membabitkan enam insiden.

Menurut Post Crescent, salah satu aduan itu melibatkan tindakan Woldt menunjukkan pistol kepada sekumpulan pelajar sekolah menengah yang mengadakan lawatan ke mahkamah tersebut semasa Hari Kerajaan.

Salah laku Woldt juga membabitkan tutur katanya semasa berinteraksi dengan mangsa jenayah yang muncul di ruang pengadilannya, termasuk ketika dia memberitahu seorang mangsa keganasan rumah tangga: “Saya sakit hati dan bosan dengan mangsa yang datang ke sini dan memanggil polis apabila mereka memerlukannya, tetapi kemudian apabila diadilii di hadapan saya, mereka akan berkata, ‘oh tidak, orang ini umpama malaikat.’ Saya sakit hati dan bosan mendengarnya.”

Secara Rawak

Artikel Terbaru