Wednesday, September 22, 2021

Bersetuju beri kelulusan bersyarat dua produk vaksin

Mesti baca

KUCHING: Kementerian Kesihatan Kesihatan (KKM)  memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-361 telah bersidang semalam.

Kata KKM, mesyuarat telah bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana bagi dua  produk vaksin Covid-19 iaitu:

  • COVILO Suspension for Injection Covid-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated
  • Pemegang pendaftaran: Duopharma (M) Sdn. Bhd.
  • Pengilang: Beijing Institute of Biological Products Co. Ltd. (BIBP), China
  • COVILO merupakan vaksin yang dibangunkan oleh China National Biotec Group Company Limited (CNBG), Sinopharm, yang juga dikenali sebagai vaksin COVID-19 Sinopharm.
  • Janssen Covid-19 Vaccine Suspension for Injection
  • Pemegang pendaftaran: Johnson & Johnson Sdn. Bhd.
  • Pengilang: Janssen Pharmaceutica N.V., Belgium
  • Kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa. Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko  bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif.

“KKM akan sentiasa mempertingkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak Covid-19 melalui perolehan bekalan vaksin yang telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD,” kata KKM.

“Kerajaan juga komited untuk memastikan penduduk dewasa Malaysia mencapai imuniti kelompok selaras dengan sasaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru