Friday, July 30, 2021

2,001 pengusaha industri pelancongan terima dos kedua hingga esok

Mesti baca

KUCHING: Seramai 2,001 pengusaha indusri pelancongan akan menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 di Persatuan Gereja Sarawak (ACS) Jalan Stampin bermula 15 hingga 18 Julai ini.

Pusat vaksinasi Covid -19 sektor pelancongan merupakan yang pertama di negara adalah atas inisiatif Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak (MTAC) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC), Pelancongan Sarawak Persekutuan (STF), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pusat Perubatan Timberland.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, seramai 315 pengusaha industri pelancongan telah divaksinasi dos kedua semalam dan lebih 600 bakal menerima vaksin.

“Saya berasa bangga dengan kerjasama antara kementerian dan pengusaha industri pelancongan dalam melancarkan program ini bagi yang berada dalam sektor ini.

“Semoga kita dapat memenuhi saranan Kerajaan Negeri dalam mendapatkan lebih ramai penerima vaksin Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Pusat Vaksinasi Industri (PPVIN) ACS, semalam.

Tambah beliau, melalui program tersebut dijangkakan bahawa negara akan berada di fasa ketiga Rancangan Pemulihan Nasional (NRP) yang bakal berakhir pada bulan Ogos ini termasuklah mula pembukaan sektor pelancongan dan acara lain pada suku keempat tahun ini.

Dedahnya, 71.4 peratus populasi di Sarawak telah menerima vaksin Covid-19 dos pertama dan 31 peratus lagi telah lengkap dos kedua.

“Kita dalam usaha mencari jalan membuka semula industri pelancongan tetapi bergantung kepada keadaan semasa memandangkan terdapat beberapa varian virus berkenaan mula menular dan sukar untuk dikawal,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, Karim menyakinkan bahawa industri pelancongan dapat dibuka menjelang Ogos ini jika negara memasuki fasa ketiga NRP.

“Virus ini sukar dibendung dan dibasmi sepenuhnya sama seperti demam malaria dan selesema. Oleh sebab itu, adalah penting untuk semua penduduk mendapatkan vaksin supaya sistem kekebalan tubuh badan lebih kuat serta mampu melawan virus tersebut,” tegasnya.

Beliau menggulas bahawa, apabila Sarawak mencapai 80 peratus penduduk yang telah divaskinasi ia akan menjadikan negeri ini tempat yang selamat untuk dikunjungi.

Secara Rawak

Artikel Terbaru