Friday, October 22, 2021

Puad: Derhaka atau politiking?, terpulang kepada rakyat menilai

Mesti baca

KUALA LUMPUR:  Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi mempersoalkan langkah kerajaan yang dianggap masih mahu ‘bermain masa’ susulan tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun yang memaklumkan bahawa Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 akan diadakan pada 6 Sept di Bangunan Parlimen  manakala  26 Julai hingga 29 Julai dan 2 Ogos ialah Mesyuarat Khas selama lima hari Dewan Rakyat.

“Titah YDP Agong menerusi kenyataan media Istana Negara bertarikh 16 Jun 2021 amat jelas. Sidang Parlimen hendaklah diadakan ‘secepat mungkin’. Ini bagi membolehkan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat.

“Tetapi berdasarkan ‘circular’ yang tersebar luas, sidang Parlimen 5 hari bermula 26 Julai 2021 ini tidak lebih daripada sesi taklimat sahaja,” katanya dalam kenyataan melalui laman Facebooknya.

Soalnya, apakah Kerajaan masih mahu ;bermain masa’ dan berlengah terhadap Titah YDP Agong?

“Mungkin ini didorong setelah mendapat talian hayat sokongan ahli Jemaah Menteri termasuk dari UMNO kepada Perdana Menteri?,”  katanya.

“Terpulang kepada rakyat untuk menjawab soalan ‘derhaka atau politiking’ di atas?” katanya lagi.

Pada akhir Jun lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat dapat dibentang di Parlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru