Monday, August 2, 2021

Najib: Sektor bukan keperluan diramal gulung tikar lima  bulan lagi

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata: “Negara sudah dikurung dua bulan lima hari sejak PKP 3.0 bermula. Saya percaya, sektor tidak perlu tidak akan mampu bertahan jika dikurung tambahan tiga bulan 23 hari sehingga lima bulan empat hari lagi.”

Mantan Perdana Menteri  itu menjangkakan sektor ekonomi bukan keperluan diramal gulung tikar jika kerajaan berterusan melarang operasi perniagaan melebihi tempoh lima bulan.

Menyatakan demikian melalui kenyataan di Facebooknya, Ahli Parlimen Pekan, membuat jangkaan itu dengan mengambil kira unjuran jangkitan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bahawa kes Covid-19 akan mula menurun di bawah 2,000 kes sekitar Nov atau Dis depan.

“Paras 2,000 kes baharu ini merupakan syarat untuk negara beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan sektor bukan perlu, aktiviti sosial dan keagamaan akan dibenar dibuka semula,”  katanya.

Katanya, mengikut unjuran KKM, kes baharu dijangka melonjak ke paras 17,000 hingga 23,000 kes sehari sebelum turun semula mengikut paras vaksinasi.

“Namun dalam model KKM ini, jumlah kes baharu hanya diramal turun ke bawah 2,000 pada 7 Nov bagi senario terbaik dan pada 19 Dis untuk senario yang kurang elok,” katanya.

Beliau merujuk kepada syarat negara beralih ke Fasa Tiga PPN, iaitu antaranya kadar jangkitan perlu di bawah 2,000 kes.

Justeru, beliau menyarankan agar PPN diubah mengikut daerah dan negeri untuk diberi kelonggaran melihat kepada kadar jangkitan kawasan bagi memastikan sektor tidak perlu tidak ditutup begitu lama.

Secara Rawak

Artikel Terbaru