Wednesday, September 22, 2021

Kuching terus catat kes tinggi hari ini

Mesti baca

KUCHING: Sarawak menyaksikan peningkatan kes hari ini apabila merekodkan 423 kes  berbanding 363 kes semalam.

Ini  menjadikan jumlah keseluruhan kes positif bagi negeri ini kini sebanyak 70,651.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 238 kes diikuti Meradong (26), Sibu (23), Betong (21), Serian (15) dan Saratok (13).

Kes-kes lain dikesan di Bintulu (11), Sarikei (11), Kapit (10), Bau (10), Subis (6), Pakan (5), Tatau (5), Beluru (4), Matu (4), Simunjan (3), Mukah (2), Lundu (2), Telang Usan (2), Marudi (2) dan masing-masing satu kes di Miri, Samarahan, Asajaya, Sri Aman, Bukit Mabong, Selangau, Song, Dalat, Julau dan Pusa.

“Daripada 423 kes, 247 kes melibatkan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 dan 87 kes libatkan individu dalam kluster aktif sedia ada.

“Manakala 37 kes ialah saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan dan 52 kes lain-lain saringan di fasiliti kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

JPBNS memaklumkan tiada kes kematian baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian di Sarawak kekal seramai 443 orang.

Jelasnya, terdapat 849 kes pulih dan dibenar didiscaj menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih dan dibenarkan didiscaj meningkat kepada 64, 963 orang atau 91.95 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif di Sarawak.

Jumlah kes masih aktif di wad hospital dan pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah Covid-19 (PKRC) adalah 5,080 orang.

Secara Rawak

Artikel Terbaru