Wednesday, September 22, 2021

Kes melonjak lagi ke 12,541,  Sarawak 423

Mesti baca

KUCHING: Kes harian terus mencatatkan  angka tinggi dengan 12, 541 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini.

Sarawak merekodkan 423 berbanding 363 semalam  kes hari ini menjadikan keseluruhan kes melebihi 70,000 setakat ini.

Dari segi kes harian, negeri ini berada di tangga ketujuh.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jumlah kes terkumpul  bagi negara ini ialah 893,323 kes.

Untuk rekod, ini meletakkan negara sekitar  33 juta jiwa itu di tangga ke-33 dunia dari segi kes jangkitan.

Menurut KKM lagi, terdapat 7,116 kes di Lembah Klang dengan Selangor melaporkan 5,512 kes – yang kedua tertinggi dalam rekod.

Negeri Sembilan  pula merekodkan  satu lagi catatan tertinggi dengan 1,619 kes – hari keempat berturut-turut jangkitan melebihi 1,000 kes.

Manakala Johor mencatatkan 609 kes hari ini, tertinggi sejak 20 Jun lalu.

Pecahan setiap negeri:

  • Selangor – 5,512 (kumulatif, 312,606)
  • WPKL – 1,542 (95,878)
  • Johor – 609 (77,245)
  • Sabah – 326 (73,832)
  • Sarawak – 423 (70,651)
  • Negeri Sembilan – 1,619 (58,978)
  • Pulau Pinang – 376 (38,179)
  • Kelantan – 225 (37,201)
  • Kedah – 458 (31,153)
  • Perak – 299 (30,414)
  • Melaka – 575 (24,194)
  • Pahang – 382 (17,787)
  • Terengganu – 102 (12,353)
  • WP Labuan – 24 (9,355)
  • WP Putrajaya – 62 (2,876)
  • Perlis – 7 (621)

Secara Rawak

Artikel Terbaru