Wednesday, September 22, 2021

Covid:19 Negara berdepan risiko amat besar, kata Zahid

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa sedih pilu memikirkan hampir 7,000 rakyat Malaysia yang tidak bersalah telah terkorban apabila  kes jangkitan harian mencecah lebih 13,000 manakala ramai dirawat di dalam unit rawatan rapi (ICU).

“Saya percaya seluruh rakyat Malaysia yang sempurna akal fikirannya sedang berasa kecewa. Tetapi kerajaan PN (Perikatan Nasional) seolah-olah masih mahu memberi bayangan kepada rakyat supaya jangan bimbang, jangan percaya pandangan bahawa kerajaan PN telah gagal menangani pandemik Covid-19.berdoa agar semua rakyat Malaysia terselamat daripada pandemik Covid-19, “ kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu.

“Sebabnya negara jiran Indonesia mencatat 56,757 kes positif. Thailand merekodkan 9,186 kes. Tetapi yang tidak disebut populasi Indonesia lebih 270 juta orang. Thailand hampir 70 juta orang,” katanya.

Untuk rekod, Indonesia di tangga ke-15 dunia sudah merekodkan lebih 2.72 juta kes dengan lebih 70,000 kematian manakala Filipina di tangga ke-23 merekodkan 1.49 juta kes dengan lebih 26,000 kematian.

“Malaysia cuma kira-kira 32 juta. Jika berdasarkan nisbah ini bukan sesuatu yang patut dibanggakan,” tegasnya.

Menurut Ahmad Zahid lagi, jika pada kadar itu pun dianggap bukan kegagalan bermakna negara berdepan risiko yang amat besar.

“Kerana kita tidak tahu berapa banyak lagi angka maut dan dijangkiti baru boleh dianggap gagal. Nyawa rakyat janganlah kita jadikan percaturan. Setiap jiwa insan adalah berharga.

“Angka 7,000, 8,000 mahupun 100,000 memang mudah disebut untuk menutupi kegagalan. Tetapi di sebalik setiap angka itu ada ayah, ibu, anak, adik, abang, kakak, isteri, suami meratap kesedihan,” ujar Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Justeru, Ahmad Zahid memohon kepada Yang Maha Esa menyelamatkan rakyat dan negara daripada ancaman pandemik tersebut ketika negara ini berada di tangga ke-33 dunia dari segi jumlah kes jangkitan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru