Wednesday, September 22, 2021

China jamin Sinovac, Sinopharm selamat dan berkesan

Mesti baca

JAKARTA: China konsisten menjamin keselamatan dan keberkesanan vaksin keluarannya Sinovac dan Sinopharm.

“Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) menyetujui penggunaan darurat untuk vaksin CoronaVac yang dibuat Sinovac, ini membuktikan selamat dan berkesannya CoronaVac,” kata Kaunselor Sains dan Teknologi Kedutaan Besar China di Jakarta, Yi Fanping seperti disiar Antara.

Menurut Yi sehingga 28 Jun lalu, vaksin Sinovac, CoronaVac mendapat persetujuan penggunaan darurat di lebih 50 negara dan kawasan di dunia.

Tambahnya, 75 juta dos vaksin Sinovac diedarkan di seluruh dunia.

Setakat ini, Thailand menghentikan penggunaan Sinovac dan mencampurkan vaksin tersebut dengan vaksin berasaskan mRNA AstraZeneca untuk dos kedua.

Singapura pula tidak memasukan warga yang menerima suntikan Sinovac dalam daftar jumlah vaksinasi nasional.

Sementara, Malaysia sedia menghabiskan stok vaksin Sinovac yang dimiliki hanya untuk penyuntikan dos kedua serta sedia menggantikannya dengan vaksin Pfizer.

Terkini, laporan CNN menyebut Indonesia sedia memberikan vaksin dos ketiga atau booster kepada staf kesihatannya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru