Friday, July 30, 2021

Suspek pura-pura pengsan tiga hari akhirnya bangun selepas terhidu bau kari

Mesti baca

BEIJING: Seorang lelaki dari Xiaogan, ditahan polis kerana disyaki melakukan penipuan pada awal bulan lalu.

Bagi mengelak disoal siasat, suspek memutuskan berpura-pura trauma dan sengaja pengsan di hadapan polis, menurut pengakuannya.

Biarpun terpaksa melalui penekanan filtrum, memasukkan kateter melalui hidung dan pemeriksaan elektrokardiogram, lelaki tersebut tetap bertahan dan sanggup meneruskan misinya berpura-pura pengsan.

Menurut Global Times, dia bertahan tiga hari, tetapi akhirnya menyerah kalah apabila terhidu bau kari yang dimakan dengan nasi oleh anggota polis yang mengawalnya.

Menurutnya bau makanan itu terlalu sedap untuk perutnya yang sedang kelaparan.

“Bau nasi dan kari itu sangat kuat dan dapat dihidu di seluruh ruangan bilik ketika saya sedang makan,” kata pegawai itu.

“Suspek yang sebelum ini pengsan mula menggerakkan kepalanya dan perlahan-lahan bangun dari katil,” katanya.

Suspek mengaku makanan itulah yang akhirnya membuat dia berhenti berpura-pura pengsan.

“Saya tak makan tiga hari. Perut kosong saya tidak tahan lagi ketika menghidu makanan itu,” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru