Friday, July 30, 2021

Projek pembangunan di Sebauh tetap diteruskan

Mesti baca

SEBAUH: Walaupun impak terhadap sektor ekonomi amat ketara, namun, beberapa  projek pembangunan di daerah itu yang mengalami kelewatan  tetap diteruskan bagi memastikan kelangsungan projek-projek pembangunan yang dirancang demi manfaat rakyat di kawasan tersebut.

Menteri Utiliti Datuk Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata akibat penularan pandemik Covid-19, beberapa billion projek gagal disiapkan mengikut jadual seperti Jambatan Kemena dan Jalan Kampung Hilir Sebauh.

Katanya, ia juga termasuk pelaksanaan beberapa projek seperti pembinaan gereja, masjid, mini stadium dan Tebingan Sebauh yang telah diluluskan Ketua Menteri sebelum ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan pelaksanaan projek pembangunan yang menelan kos ratusan juta itu mengambil masa antara setahun atau dua tahun untuk dilaksanakan.

Rundi berkata demikian  semasa ditemui selepas mengadakan lawatan ke lokasi Bank Bergerak Bank Rakyat di tempat letak kenderaan Tebingan Sebauh, semalam.

Secara Rawak

Artikel Terbaru