Tuesday, September 21, 2021

Profesor tersohor, menteri bincang  perpaduan Sarawak sekejap lagi

Mesti baca

KUCHING: Satu sesi forum dalam talian mengenai perpaduan dan kesepaduan kaum akan diadakan selama dua jam mulai pukul 2.00 petang ini.

Sesi berkenaan akan menampilkan  antara lain Menteri Pelancongan, Kesenian dan kebudayaan Malaysia Datuk Seri Nancy Shukri dan Penasihat  Kementerian Perpaduan Malaysia Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Prof Shamsul juga ialah  penganalisis politik tersohor, penulis dan pengarah pengasas Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tajuk webinar anjuran Yayasan Perpaduan Sarawak (YPS) itu ialah “Sejarah Bersama sebagai Asas Perpaduan Kaum”.

Melalui webinar itu nanti peserta akan dapat lebih memahami, menerokai, mengenal pasti dan menemui kesatuan melalui perspektif sejarah.

Sesi berkenaan akan dilakukan atas talian melalui Zoom.

Sesi ini merupakan sebahagian daripada projek YPS dengan tujuan untuk menilai perpaduan nasional, serta menilai keharmonian hubungan  kaum di negeri ini.

Penyertaan adalah percuma.

Mereka yang berminat boleh mendaftar di pautan bit.ly/3yq9oBu atau mengimbas kod QR di laman Facebook YPS.

Secara Rawak

Artikel Terbaru