Friday, July 30, 2021

Pinjaman tak wujud: Wanita di Bintulu rugi RM5,320

Mesti baca

BINTULU: Seorang wanita di sini kerugian RM5,320 angkara terpedaya dengan sindiket pinjaman tidak wujud, selepas membuat dua kali transaksi di Internet.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili berkata mangsa berusia 32 tahun itu terpedaya dengan sindiket terbabit selepas melihat satu iklan  tawaran pinjaman dari sebuah syarikat ketika melayari laman sosial Facebook pada 10 Julai lalu.

Mangsa, katanya, menghubungi Facebook syarikat berkenaan yang kemudiannya, dihubungi oleh seorang lelaki Cina.

“Mangsa telah menghantar gambar MyKad dan penyata akaun banknya untuk kelulusan permohonan pinjaman, ujarnya dalam kenyataan medianya, petang tadi.

Menurut Zulkipli lagi, mangsa diarahkan untuk membuat transaksi ke akaun bank yang diberikan sebanyak RM1,000 dan membuat transaksi kedua sebanyak RM3,320 bagi menjamin permohonan pinjamannya.

Selepas itu, mangsa sekali lagi dihubungi sindiket berkenaan memaklumkan scoring mangsa tidak diluluskan sekali gus meminta bayaran sebanyak RM6,050, namun, tidak dipedulikan mangsa ekoran berasa tertipu dengan pinjaman tidak wujud, tambahnya.

Dalam pada itu, Zulkipli mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan tawaran pinjaman dengan kadar faedah yang rendah atau pelbagai tawaran yang diberikan.

Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan agar tidak mudah percaya  dengan mana-mana individu yang tidak diikenali dan membuat semakan terlebih dahulu kepada mana-mana pihak yang berkaitan bagi mengesahkan sebarang pelaburan atau bentuk skim yang dianjurkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Hubungi atau rujuk mana-mana balai polis yang berhampiran  jika anda was-was, tegasnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru