Friday, July 30, 2021

Pengantin terlibat nahas jalan raya berkahwin di hospital

Mesti baca

GUJRANWALA: Upacara perkahwinan unik menjadi tajuk berita utama di media tempatan Pakistan baru-baru ini.

Seorang wanita dikenali sebagai Maria muncul di hospital swasta di Gujranwala berpakaian pengantin untuk berkahwin dengan teman lelakinya Rizwan, sehari sebelum majlis perkahwinan mereka dijadual berlangsung.

Menurut ARY News, bakal suaminya itu terlibat dalam nahas jalan raya dan terpaksa dirawat di hospital selepas mengalami kecederaan di bahagian kakinya.

Kedua-dua mereka enggan menunda majlis perkahwinan tersebut justeru membuat keputusan mengadakan majlis perkahwinan ringkas di hospital tersebut.

Maria bersama-sama keluarganya meminta kebenaran pihak hospital terlebih dahulu.

Video yang kini tular di media sosial menunjukkan Rizwan duduk di katil hospital bersama-sama ibunya dan selesai majlis, pasangan tersebut mengadakan sesi foto bersama.

Rizwan berkenalan dengan Maria menerusi Facebook kira-kira lima tahun lalu dan dia dikatakan telah datang ke Pakistan dari Itali untuk berkahwin.

Secara Rawak

Artikel Terbaru