Tuesday, September 21, 2021

Pendidikan perlu bersikap inklusif

Mesti baca

KUCHING: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya,  Datuk  Sri Hajah Nancy Shukri menekankan pentingnya pertemuan budaya pelbagai kaum, pemimpin memahami dinamika budaya kaum terbabit dan peranan pendidikan dalam melahirkan perpaduan dan kesepaduan di Sarawak dan negara ini.

Beliau berkata, sikap bertolak ansur, saling menghormati dan penerimaan terhadap kaum lain menjadi norma dan amalan masyarakat pelbagai kaum sehingga menjadi resipi kejayaan mewujudkan masyarakat bersatu padu di negeri ini.

Selain itu, katanya,  para pemimpin politik hendaklah mewakili masyarakat pelbagai kaum, dan bukan hanya satu-satu kaum dalam pendekatan kepemimpinan mereka.

Untuk itu, katanya, beliau bangga kerana pemimpin politik di Sarawak menyedari kepentingan pendekatan berkenaan.

Beliau juga menekankan pentingnya peranan yang dimainkan oleh pendidikan.

“Pendidikan perlu bersikap inklusif. Pendidikan perlu terus menjadi keutamaan. Pendidikan telah memperluas pemikiran masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam  webinar anjuran Yayasan Perpaduan Sarawak (YPS) bertajuk  “Sejarah Bersama sebagai Asas Perpaduan Kaum”, sebentar tadi.

Objektif  webinar itu  adalah bagi membolehkan peserta   lebih memahami, menerokai, mengenal pasti dan menemui kesatuan melalui perspektif sejarah.

Sesi ini merupakan sebahagian daripada projek YPS dengan tujuan untuk menilai perpaduan nasional, serta menilai keharmonian hubungan  kaum di negeri ini.

Lebih 90 peserta menyertai webinar itu yang diadakan melalui Zoom.

Secara Rawak

Artikel Terbaru