Friday, July 30, 2021

Lelaki guna kereta jenama terkenal “L”RX curi sebuah lagi “L”LX

Mesti baca

TOKYO: Seorang pemilik restoran ditahan polis baru-baru ini kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian dua kereta jenawa mewah “L”RX dan “L”LX.

Pada Januari lalu melalui rakaman CCTV, Shogo Matsuda, 37, dilihat mencuri kereta jenama “L”RX di kediaman di Nagoya.

Dalam rakaman tersebut dua lelaki dilihat keluar dari sebuah kereta dan membuka fender kereta bertujuan menggunakan wayar bagi menghidupkan enjin kereta.

Seketika kemudian salah seorang dari mereka memandu kereta tersebut keluar dari kawasan itu.

Beberapa bulan selepas itu kereta “L”RX yang dianggar bernilai 5 juta yen (RM189,995) parkir berdekatan sebuah kereta “L”LX yang bernilai 10 juta yen (RM379,979).

Kereta “L”RX ditinggalkan di situ dan “L”LX pula dicuri.

Polis kini menyiasat lanjut memastikan sama ada pencurian ini melibatkan kegiatan mencuri kereta secara terancang ataupun kerana Matsuda melakukannya kerana gemarkan kereta jenama “L”, lapor SoraNews24.

Secara Rawak

Artikel Terbaru