Friday, July 30, 2021

Lelaki curi 500 penutup lubang untuk bayar model wanita Webcam

Mesti baca

JIANGSU: Pekerja binaan di Jiangsu China Timur mengaut keuntungan 40,000 yuan (RM25,953) secara haram hasil mencuri lebih 500 penutup lubang.

Dia menggunakan wang itu untuk memberi penghargaan kepada wanita Webcam di platform media sosial, lapor Jiangsu TV.

Suspek dikenali sebagai Fan, mula mencuri barangan itu di Nanjing, Jiangsu, sejak Mac lepas dan menjualnya ke sebuah kilang kitar semula, menurut laporan itu.

Perbuatan Fan tidak disedari sehingga syarikat tempat kerjanya melaporkan 17 penutup lubang yang dipasang mereka hilang.

Polis memulakan siasatan dan hasil CCTV mendapati sebuah van berwarna kelabu selalu masuk ke kawasan projek pembinaan pada tengah malam.

Van itu kelihatan sekitar 1 hingga 4 pagi.

Van itu kepunyaan Fan dan apabila ditahan dia tidak mengaku mencuri barangan tersebut.

Namun polis berjaya mengesan transaksi dalam talian menerusi telefonnya.

Dia juga mempunyai akaun transaksi dengan pemilik kilang kitar semula bernama Zheng.

Menurut polis seperti dilaporkan Global Times, Fan menjual penutup lubang itu kepada Zheng dan menggunakan wang hasil jualannya membayar model wanita Webcam diminatinya.

Pada Jun sahaja Fan menghabiskan wang 10,000 yuan (RM6,490) dari akaun tersebut untuk membayar model berkenaan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru