Wednesday, September 22, 2021

Kes terus melonjak, 13,215, termasuk 363 kes di Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Satu lagi rekod baharu untuk negara ini.

Sebanyak 13,215 mangsa baharu dijangkiti Covid-19, termasuk 363 kes bagi Sarawak.

Kementerian Kesihatan (KKM)  melaporkan bilangan kes positif baharu  itu merupakan rekod baharu untuk tiga hari berturut-turut  sekali gus mengatasi catatan 11,618 kes pada Selasa dan 11,079 pada Isnin.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri  Dr Noor Hisham Abdullah, secara keseluruhan sebanyak 880,782 kes Covid-19 dilaporkan sehingga kini.

Katanya, Selangor mencatatkan bilangan kes tertinggi, dengan 6,120 kes.

Ia diikuti Negeri Sembilan (1,603), Kuala Lumpur (1,499), Kedah (695), Johor (599), Pulau Pinang (509), Melaka (484), Sabah (370), Sarawak (363), Perak (344), dan Kelantan (255

Manakala Pahangpula mencatatkan 222 kes, Terengganu (70), Putrajaya (53), Labuan (26), dan Perlis (3).

Secara Rawak

Artikel Terbaru