Friday, July 30, 2021

Indonesia kerah 2,000 doktor, 20,000 jururawat baharu ke hospital

Mesti baca

JAKARTA: Lebih 2,000 doktor yang baru tamat pengajian dan 20,000 jururawat akan dikerahkan ke hospital bagi meningkatkan keupayaan sistem kesihatan di Indonesia yang berdepan risiko lumpuh di sebalik peningkatan  mendadak kes Covid-19.

Pakar kesihatan menyatakan wilayah-wilayah di Indonesia kini berada dalam keadaan yang sangat berisiko.

Kesemua 34 wilayah di negara ini dijangkiti virus maut berkenaan.

Sistem kesihatan berada dalam keadaan tertekan, malah pakar kesihatan memberi amaran negara 270 juta jiwa itu kemungkinan akan menjadi seperti India apabila merekodkan kes jangkitan tinggi.

Indonesia kini di tangga ke-15 dunia dari segi angka keseluruhan jangkitan sesudah merekodkan 2,670,046 kes dengan 69,210 kematian.

Indonesia telah mengatasi India sebagai pusat varian baharu Covid-19 di Asia dengan jangkitan harian melebihi 40,000 selama dua hari berturut-turut.

Menurut ourworldindata.org,  Indonesia mencatatkan sekitar 132 kes per juta orang, berbanding India sebanyak 26 kes pada Ahad lalu.

Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin berkata varian Delta dikesan di 11 daerah di luar pulau Jawa yang padat penduduknya.

Kes dan kadar kemasukan ke hospital meningkat di beberapa wilayah seperti Sumatera, Papua dan Kalimantan manakala wilayah seperti Papua Barat menunjukkan kebimbangan.

Di timur Nusa Tenggara, kadar jangkitan meningkat dua kali ganda dalam tiga hari terakhir, sementara di Lampung, Sumatera, penggunaan katil mencapai tahap 86 peratus, Kalimantan 85 peratus, dan Papua Barat 79 peratus.

Secara Rawak

Artikel Terbaru