Saturday, October 23, 2021

Hujan berterusan tiga hari punca air sungai naik

Mesti baca

MIRI: Hujan berterusan sejak tiga hari menyebabkan paras air Sungai di Kampung Long Bemang kini melepasi paras berjaga-jaga.

Menurut Jurucakap Bomba dan Penyelamat Malaysia, air sungai mula melimpah dan memasuki kawasan perkampungan terutamanya yang berada di tebing sungai bermula sejak jam 6.00 petang semalam.

“Sebanyak 100 pintu dan 600 orang penduduk yang tinggal berdekatan sungai dinaiki air setinggi 2.5 kaki.

“Sehingga pagi ini, paras air sungai masih meningkat dan keadaan cuaca mendung,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, setakat pagi ini, belum ada arahan berpindah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan namun penduduk kampung diminta untuk sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Bekalan elektrik juga di matikan atas faktor keselamatan penduduk setempat.

Secara Rawak

Artikel Terbaru