Wednesday, September 22, 2021

Dua lagi lokaliti di Sarawak dikenakan PKPD

Mesti baca

KUCHING: Dua lokaliti iaitu Kampung Jagoi Duyoh, Daerah Bau dan Lempaong Baru, Spak di Daerah Betong diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) mulai hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata dua lokaliti berkenaan diletakkan di bawah PKPD sehingga 28 Julai ini.

“Sementara Bilik Sewa di atas Kedai Famous Nasi Kandar Coner di Daerah Sarikei juga diletakkan di bawaj PKPD pada 13 hingga 26 Julai ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Manakala, JPBN memberitahu, sebanyak enam lokaliti telah ditamatkan PKPD iaitu
Rh. Jerome, Sungai Kesa, Sarikei, Rh. Jumbun, Simpang Koko, Sarikei, Rh. Mary, Batu 3 Jalan KJD, Bintangor, Meradong, Rh. Milai, Emplaie Ili, Saratok, Rh. Mang, Sungai Wong, Roban Saratok dan Rh. Changgie, Sungai Berayang, Roban, Saratok.

Secara Rawak

Artikel Terbaru