Friday, July 30, 2021

Bantu pekebun terjejas, 1.5 tan lambakan nanas MD2 dibeli PPK Kalaka

Mesti baca

KABONG: Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kalaka membeli lebih 1.5 tan lambakan nanas jenis MD2 dalam usaha membantu pekebun yang terjejas.

Menurut Pengurus Besar PPK Kalaka, Japar Amin, sebanyak 1,590 kilogram nanas jenis MD2 beserta 19 kilogram cili diserahkan kepada Pusat Khidmat Adun Kabong untuk diagihkan.

“Inisiatif ini bagi membantu para pekebun menjual hasil tanaman mereka khususnya nanas dan cili yang sukar dipasarkan akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyerahkan nanas dan cili tersebut kepada Pegawai Khas Adun Kabong Nur Elffi Amir di Pejabat Pusat Khidmat, semalam.

Jelasnya, lambakan tanamam pada masa ini memberikan impak besar kepada pekebun seperti kerugian kerana buah tidak terjual.

Difahamkan, sumbangan tersebut diagihkan kepada petugas barisan hadapan di PPV Dewan Balai Polis Kabong serta agensi lain, dan turut diberikan kepada penduduk sekitar.

Elffi pada kesempatan tersebut menzahirkan penghargaan kepada PPK Kalaka kerana proaktif dalam membantu pekebun yang terjejas.

Secara Rawak

Artikel Terbaru