Wednesday, September 22, 2021

72 kawasan diisytiharkan wabak rabies sejak Julai 2017

Mesti baca

KUCHING: Kampung Mohd Taha, Bakong, Beluru disytiharkan sebagai kawasan baharu wabak rabies semalam.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) berkata, memandangkan kawasan itu berada di luar 10 kilometer (km) radius dari kawasan yang telah diisytiharkan, maka ia adalah kawasan baru wabak rabies yang ke-72.

“Setakat ini, sebanyak 72 kawasan telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak rabies sejak Julai 2017.

“Ini termasuk Kuching (7), Samarahan (4), Serian (22), Sri Aman (6), Betong (3), Sarikei (5), Sibu (3), Kapit (1), Mukah (6), Bintulu (5), Miri (8) dan Limbang (2),” katanya dalam satu kenyataan media.

Secara Rawak

Artikel Terbaru