Wednesday, September 22, 2021

434,828 vaksin disuntik semalam

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan berkata, sebanyak 434,828 dos suntikan vaksin Covid-19 telah diberikan semalam, jumlah tertinggi dalam sehari sehingga kini.

Menurut Datuk Seri Dr Adham Baba, daripada jumlah itu sebanyak 279,938 adalah dos pertama sementara dos kedua pula 154,890.

Ini, kata beliau menerusi satu hantaran di Twitternya, menjadikan jumlah pemberian vaksin Covid-19 sehingga semalam ialah sebanyak 12,647,558 dos suntikan.

Tambahnya, jumlah yang menerima dos pertama ialah 8,644,292 orang dan 4,003,266 orang telah menerima dos kedua.

Jumlah tertinggi suntikan vaksin Covid-19 yang pernah diberikan dalam sehari sebelum ini ialah pada semalam iaitu sebanyak 424,541 dos.

Sementara itu, Malaysia kini di tangga ke-32 dunia dari segi jumlah keseluruhan kes jangkitan apabila merekodkan 867,567 kes dengan 6,503 kematian.

Secara Rawak

Artikel Terbaru