Friday, July 30, 2021

Rumah sebagai hadiah bagi sesiapa temui anjing hilang

Mesti baca

BEIJING: Notis mencari anjing yang hilang mendorong puluhan sukarelawan bergabung mencarinya di media sosial China baru-baru ini.

Ia ekoran janji pemilik anjing terbabit yang sanggup memberikan rumah sebagai hadiah jika anjing kesayangan itu berjaya dipulangkan.

Pemilik anjing itu yang dikenali sebagai Xu, memberitahu dia sanggup memberi rumah sebagai hadiah kerana dia dan seluruh keluarganya “amat sayang anjing itu”.

Pejabat harta tanah kediaman yang bakal diberikan itu mengesahkan kepada media kes anjing hilang itu memang berlaku, tetapi mereka tidak pasti tentang pemberian rumah yang dijanjikan itu, lapor Global News.

Secara Rawak

Artikel Terbaru