Wednesday, September 22, 2021

Rekod baharu lagi, 11,618 kes, termasuk Sarawak 289 kes

Mesti baca

KUCHING: Sekali lagi untuk hari kedua berturut-turut Malaysia mencatatkan rekod baharu.

Malaysia hari ini merekodkan  sejumlah 11,618 kes positif Covid-19, termasuk 289 di Sarawak.

Dengan itu, jumlah kes keseluruhan iaah 867,567 manakala di Sarawak pula jumlah keseluruhan ialah 69,865 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, daripada jumlah itu, Selangor mencatat rekod tertinggi dengan 5,051 kes diikuti dengan Wilayah Persekutuan dengan 1,749 kes.

Negeri Sembilan merekodkan 1,537 kes.

Johor  pula merekodkan 396 kes dan  Sabah 286 kes.

Manakala Melaka (526), Kedah (504), Pahang (400), Johor (396), Sarawak (289), Sabah (286), Kelantan (236), Pulau Pinang (210), Terengganu (189), Perak (164), Putrajaya (40), Labuan (38) dan Perlis (3).

Secara Rawak

Artikel Terbaru