Tuesday, June 28, 2022

Malaysia belum gagal, perjuangan belum berakhir

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pas menyelar dakwaan segelintir pihak yang menuduh Malaysia sebagai sebuah negara yang gagal dalam menangani wabak Covid-19.

Menurut Ketua Penerangannya, Kamaruzaman Mohamad, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan sentiasa berjuang bagi menangani wabak berkenaan dan kerjasama ini memerlukan peranan semua pihak termasuk pemimpin masyarakat serta rakyat.

“Sememangnya, perjuangan menangani wabak ini belum berakhir. Tidak ada siapa yang gagal melainkan semua pihak sama ada pemerintah ataupun rakyat sedang berusaha sedaya upaya,” katanya.

“Kita dapat melihat usaha gigih kerajaan berjaya menggerakkan vaksinasi lebih pantas sehingga mampu mencapai suntikan melebihi 300,000 sehari,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Katanya, Malaysia merupakan 10 negara tertinggi di dunia dari sudut kadar vaksinasi harian dan jumlah bekalan vaksin sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menyelamatkan rakyat.

Justeru katanya, kerajaan dan juga pasukan barisan hadapan sentiasa gigih berusaha mengambil langkah pencegahan dan meningkatkan jumlah vaksinasi demi menyelamatkan rakyat.

Ujar beliau, ekoran muncul pelbagai varian baharu yang dikatakan berbahaya seperti varian Delta, malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kepada semua negara agar bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Justeru, petugas barisan hadapan, pemimpin dan seluruh rakyat perlu bersiap-siaga dan bertolong-menolong sehingga kita benar- benar berjaya menangani Covid-19,” katanya.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru