Wednesday, September 22, 2021

Kes jangkitan Covid-19 di Sarawak menurun, 4 kematian dilaporkan

Mesti baca

KUCHING: Kes baharu jangkitan Covid-19 di Sarawak mencatatkan penurunan hari ini dengan 289 kes baharu dikesan.

Daripada jumlah kes yang dikesan hari ini, enam kes merupakan tahanan imigresen di Daerah Kuching manakala satu kes merupakan tahanan imigresen di Daerah Simunjan (Ops Benteng).

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Daerah Kuching mencatat kes harian tertinggi iaitu sebanyak 137 kes diikuti Daerah Sibu sebanyak 31 serta 16 kes dikesan di Bukit Mabong.

Kata JPBN, daerah lain turut mencatatkan kes adalah Samarahan (14), Beluru (14), Miri (12), Saratok (8), Sarikei (8), Betong (8), Serian (7), Subis (6), Meradong (5), Bintulu (4), Tatau (4), Bau (3), Kapit (2), Selangau (1), Tebedu (1), Sri Aman (1), Lundu (1), Asajaya (1), Kanowit (1), Simunjan (1), Telang Usan (1) dan Pakan (1).

“Daripada 289 kes yang telah dikesan, seramai 68 individu yang disaring menunjukkan tanda dan gejala Covid-19 sementara 221 individu lagi tidak menunjukkan sebarang gejala.

“Sebanyak 172 kes yang disaring adalah individu yang mempunyai kontak rapat kepada kes Covid-19, 38 kes adalah Individu dalam kluster aktif sedia ada, 45 kes adalah saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan manakala 34 adalah saringan-saringan lain di fasiliti kesihatan,” jelas jawatankuasa tersebut dalam satu kenyataan..

Sementara, kes kematian di negeri ini meningkat kepada 439 kes berikutan empat kes kematian baharu di laporkan.

Kata JPBN, kes kematian melibatkan lingkungan umur 47 hingga 84 tahun dengan dua kes kematian dilaporkan di Daerah Serian, satu di Daerah Kapit dan satu kes di Daerah Song.

Secara Rawak

Artikel Terbaru