Wednesday, September 22, 2021

Kerjasama strategik Unimas dan Suara Sarawak tepati keperluan industri

Mesti baca

KOTA SAMARAHAN: Jalinan kerjasama strategik antara Unimas dengan pihak Suara Sarawak (SV News Sdn Bhd) akan membuka ruang serta  memberi peluang kepada pelajar universit itu terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang  oleh Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) bersama SV News Sdn Bhd.

Naib Canselor Unimas, Profesor Datuk Mohamad Kadim Suadi berkata, penglibatan pelajar dalam aktiviti sebegini mampu memberikan pengalaman berharga buat mereka sebelum memasuki alam pekerjaan sebenar.

“Secara tidak langusung, Unimas akan dapat mencapai visi dan misinya dalam melahirkan siswazah yang mempunyai persaingan akademik  yang tinggi, berpengalaman dan mempunyai kebolehpasaran dikehendaki oleh pihak industri.

“Di era pendidikan berlatar belakang  Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), Unimas melihat penglibatan pihak industri dalam pengubalan kurikulum sebagai satu langkah proaktif bagi melahirkan siswazah yang berkualiti, sesuai dengan kehendak pasaran kerja masa kini,” katanya.

Beliau bekata demikian pada majlis menandatangai memorandum persefahaman (MoU) antara Unimas dan SV News Sdn Bhd yang dilakukan secara maya di sini hari ini.

MoU itu ditandatangani oleh Kadim bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif, SV News Sdn Bhd, Dr Jeniri Amir.

MoU itu sejajar dengan pelantikan pihak industri sebagai Ahli Lembaga Pengajian dalam memberi input untuk pengubalan program-program baharu serta penambaikan kandungan kursus sedia ada.

Secara Rawak

Artikel Terbaru