Friday, July 30, 2021

Kahwinkan katak minta hujan turun

Mesti baca

DELHI: Sejak berkurun lalu segelintir masyarakat kampung di India khususnya golongan petani percaya perkahwinan antara dua ekor katak akan menyebabkan hujan turun, amat baik untuk tanaman mereka.

Berikutan itu pada minggu lalu, beberapa ekor pasangan katak dikahwinkan di wilayah Tripura sebagai salah satu cara menggembirakan Dewa Hujan sebelum kedatangan musim tengkujuh.

Menerusi video yang disiarkan pengguna Twitter Mayank Kanjara, wanita yang memegang seekor katak jantan memakai “pakaian” berwarna oren mencalit pes vermilion kepada katak betina yang dipegang seorang lagi wanita lain.

Bermula dengan proses mandi dan mengenakan pakaian hingga bertukar kalungan bunga dan mencalit pes vermilion, pernikahan kedua-dua katak itu dilakukan mengikut ritual tradisional Hindu.

Menurut laporan Sputnik, pernikahan katak tidak luar biasa di India.

Secara Rawak

Artikel Terbaru