Wednesday, September 22, 2021

Dua lagi kawasan di Sarawak dikenakan PKPD

Mesti baca

KUCHING: Sebanyak dua lagi kawasan penempatan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sarawak.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata bagi daerah Lundu, ia adalah Kampung Kendaie dan Bukit Batu Francis yang dikenakan PKPD bermula 13 hingga 26 Julai ini.

“Manakala bagi daerah Sarikei, ia adalah Rumah Jerah Balai Sare dari 13 hingga 29 Julai ini,” katanya dalam satu kenyataan media, Selasa.

Sementara itu, JPBN turut mendedahkan penamatan PKPD di lapan buah penempatan.

“Lapan buah penempatan tersebut ditamatkan PKPD pada 13 Julai ini iaitu Rumah Muda, Issu Bangat, Betong; Rumah Edwin, Batu 4, Sebetan, Saratok; Rumah Ngendin, Emplaie Ulu Saratok dan Kuaters Pekerja Camp Power Bright (KTS Timber), Tatau.

“Manakala, Rumah Amin ak Batot, Sungai Kelawit, Tatau; Rumah Was ak Jenteng, Sungai Entajum, Tatau; Kuaters Pekerja Shin Yang Shipyard, Lot 201 & 211, Kuala Baram Industrial Estate dan Rumah Wilson Bana, Kampung Po Ai, Sri Aman,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, JPBN mendedahkan daerah Dalat telah kembali ke status kuning dari Jingga dengan 18 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Secara Rawak

Artikel Terbaru