Friday, October 22, 2021

Tiga lelaki ditangkap tak sampai 4 jam selepas samun

Mesti baca

MIRI: Tiga lelaki ditahan Polis selepas kurang empat jam melakukan samun ke atas seorang suri rumah dan melarikan kereta mangsa.

Ketua Polis Miri, ACP Hakemal Hawari ketika dihubungi mengesahkan penahanan ketiga-tiga suspek yang terlibat dalam kejadian samun itu pada jam 7.30 pagi semalam.

“Semua suspek yang berusia 30 hingga 40 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan,” jelasnya.

Turut dijumpai sebuah kereta Proton Persona milik mangsa yang bernilai kira-kira RM17,000.

Dalam kejadian itu, mangsa suri rumah berusia 65 tahun dilaporkan tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki bersenjatakan parang, yang kemudian memaksanya keluar dari kereta ketika berhenti di hadapan rumahnya.

Sejurus itu suspek melarikan diri bersama kenderaan mangsa sebelum keretanya dijumpai semula. Kegiatan terbongkar selepas suspek cuba menjual salah satu komponen kereta terbabit di salah sebuah bengkel di Piasau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru