Wednesday, September 22, 2021

Tabung Bencana PAS: Sumbangan untuk semua

Mesti baca

Sebanyak 13 keluarga telah menerima sumbangan untuk keperluan harian dalam program Tabung Bencana PAS Sarawak COVID-19 di Kawasan Miri beberapa hari yang lalu. Program ini merupakan inisiatif PAS Sarawak untuk membantu mereka yang memerlukan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini.

Minggu ini, Sdr Wahyudin bin Asfar, Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Miri, diiringi oleh Tuan Safuan, Komandan Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Miri telah mengedarkan barangan keperluan asas di tempat yang terpilih. Antaranya Taman Jelita (Taman Tunku), Kampung Lusut (Taman Tunku), Jalan Tanjung Lobang, dan Permyjaya.

Menurut Komandan Kawasan JAM Miri, Tn Safuan, setiap minggu JAM Miri akan mengagihkan barang keperluan asas kepada keluarga dan masyarakat yang memerlukan tanpa mengira kaum dan agama.

“Alhamdulillah, kami (JAM Miri) akan terus berusaha untuk membantu masyarakat di sekitar Miri dalam menangani wabak ini. Kami akan menyampaikan hasil sumbangan orang ramai kepada mereka yang memerlukan dalam bentuk keperluan asas, Insya Allah”, kata Tuan Safuan .

PAS Kawasan Miri bersama-sama dengan JAM Miri, di bawah Dewan Pemuda PAS Kawasan Miri, mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk meringankan beban mereka yang memerlukan. Kepada anggota masyarakat yang memerlukan bantuan, anda boleh menghubungi Tuan Safuan di Halaman Facebook Jabatan Amal Miri.

PAS Sarawak sentiasa bersama rakyat tanpa mengira bangsa dan agama dalam misinya untuk menolong mereka yang memerlukan dan PAS akan menolong sedaya upaya mungkin dengan kemampuan yang ada. Kepada mereka yang ingin menyumbang kepada Tabung Bencana Covid-19 PAS Sarawak, kami sangat mengalu-alukan untuk kita sama-sama meringankan beban yang dihadapi oleh rakyat sekarang.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak

Secara Rawak

Artikel Terbaru