Wednesday, September 22, 2021

Perayaan Hari Sarawak dipancarkan melalui TVS

Mesti baca

KUCHING: Hari Sarawak  yang diraikan pada 22 Julai ini memilih temakan ‘Sarawak Gemilang Untuk Semua’ akan diadakan secara hibrid.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Sri Dr Sim Kui Hian,  acara rasmi  akan diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini,   bermula pada jam 8.30 malam, hari berkenaan.

Jelasnya, hanya 100 orang tetamu jemputan berada di DUN dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Setakat semalam, Sarawak menyaksikan 69,104 kes jangkitan dengan 433 kematian., namun dalam minggu lalu, angka kelihatan mulai menurun di bawah 300.

Bagaimanapun, persembahan atau sambutan rasmi, akan dipancarkan secara langsung pada jam 8.15 malam menerusi TVS,  streaming Facebook UKAS, saluran Youtube dan Radio FM RTM.

Jelas beliau,  persembahan secara maya termasuk tarian  ‘Sarawak Bahagia’, persembahan video  ‘Aspirasi Sarawakku Sayang’  dan filem pendek ‘I Am Sarawak’ dan video dokumentari ‘The Struggle’ akan ditayangkan.

Jelas beliau, 22 Julai ialah  tarikh paling penting kepada rakyat Sarawak.

“Meskipun pandemik Covid-19 masih melanda, namun kita boleh menyambutnya dengan cara atau konsep kita sendiri,” katanya pada sidang media mengenai sambutan Hari Sarawak 2021 di sini, hari ini.

Pada tahun lepas, acara sambutan diadakan di Miri, secara maya.

Tetamu kehormat  nanti ialah Yang di-Pertua Negeri Tun  Abdul Taib Mahmud serta isteri dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta isteri, dan  beberapa menteri kabinet lain.

Secara Rawak

Artikel Terbaru