Friday, October 22, 2021

Pengawal keselamatan lakukan pembedahan, menyamar jadi doktor

Mesti baca

LAHORE: Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia selepas dibedah oleh pegawai keselamatan yang menyamar menjadi doktor di hospital di Lahore, Pakistan.

Shameema Begum, 80, meninggal dunia kira-kira dua minggu selepas pengawal keselamatan itu melakukan pembedahan untuk merawat luka pada bahagian belakangnya.

Keluarga mangsa memberitahu Geo TV, mereka menghantarnya ke hospital tersebut dan kemudiannya dirujuk ke wad pembedahan.

Ketika itulah Butt menghampiri mereka dan memberitahu dia doktor dan mahu membantu. Keluarganya juga membayar Butt untuk pembedahan itu dan datang ke hospital dua kali mencuci lukanya.

Namun, luka itu semakin teruk dan berdarah. Apabila keluarga Begum memberitahunya, Butt meminta mereka datang ke hospital semula.

Mereka diberitahu pihak hospital, tiada doktor bernama Butt bertugas di situ sebaliknya lelaki tersebut merupakan bekas pengawal keselamatan.

Menurut Independet, Butt ditahan polis dan semasa siasatan dijalankan, Butt dilaporkan mengadakan lawatan ke rumah beberapa pesakit dengan menyamar sebagai doktor.

Secara Rawak

Artikel Terbaru