Friday, July 30, 2021

Patung disangka pelanggan makan di kedai semasa PKP

Mesti baca

KANADA: Gara-gara memikirkan sebuah restoran melanggar arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) pandemik Covid-19, seorang lelaki menghubungi polis mengadu berkaitan pelanggaran tersebut.

Pemilik restoran itu, Mike Cormier terkejut apabila polis tiba-tiba muncul di restorannya.

Seorang pegawai polis datang dan melihat dari luar tingkap restoran saya, dia melihat patung duduk di meja restoran.

Pegawai itu memberitahunya, mereka menerima aduan pengadu yang mendakwa restoran itu melanggar arahan perintah penutupan premis makanan.

Ekoran itu Cornier memuat naik foto restorannya di Instagram dan menulis: “Tolong jangan buat aduan polis terhadap restoran kami. Restoran kami hanya buka untuk menerima tempahan dan penghantaran makanan. Tiada sesiapa dibenarkan makan di sini, “orang” itu ialah patung yang diletakkan di situ bagi memastikan penjarakan fizikal diamalkan”.

Secara Rawak

Artikel Terbaru