Monday, August 2, 2021

Lori tangki, dua individu bawa 5,000 liter minyak diesel ditahan di Bintulu

Mesti baca

BINTULU: Unit Risikan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Bintulu menahan dua individu, selain merampas sebuah lori tangki kerana didapati membawa 5,000 liter minyak diesel tanpa permit berhampiran Simpang Jalan Woodman Plantation Sdn. Bhd. dekat Jalan Tatau-Bintulu, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah Lima Bintulu ASP Ezuandi Bahadin berkata, tangkapan dan rampasan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki, menyimpan, membawa barang kawalan tanpa permit atau kebenaran khas daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Kedua-dua suspek yang berumur 30-an dan 40-an ketika ditahan pada 2 petang semalam gagal menunjukkan sebarang bukti dokumen atau permit.

“Pihak kita turut merampas lori tangki jenis Hino bewarna putih hijau yang digunakan membawa 5,000 liter minyak diesel yang keseluruhan bernilai RM60,750,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Jelasnya, laporan polis telah dibuat dan kes dirujuk serta diserahkan kepada pihak KPDNHEP Bahagian Bintulu untuk tindakan selanjutnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru