Wednesday, September 22, 2021

Lelaki tempatan, warga Indonesia maut dalam kemalangan di Tubau- Bakun

Mesti baca

BINTULU: Seorang lelaki tempatan berbangsa Cina dan seorang lagi warga Indonesia maut di tempat kejadian setelah kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan pacuan empat roda berhampiran Kafe Sing Ann dekat Jalan Tubau-Bakun semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dimaklumkan tentang insiden kemalangan melibatkan dua kenderaan jenis Suzuki Swift dan Mitsubishi Triton kira-kira 10.27 pagi.

“Sebaik tiba, pasukan diketuai PBK II Eric Wilson terus mengeluarkan dua mangsa dalam Suzuki Swift.

“Selepas diperiksa, pasukan perubatan yang berada di lokasi mengesahkan kedua-duanya telah meninggal dunia,” katanya.

Mayat Dexter Lim Ban Kee, 26 (pemandu) dan Nurdi, 32, kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara empat individu yang menaiki Mitsubishi Triton mengalami kecederaan ringan dan dihantar oleh orang awam ke Klinik Kesihatan Tubau.

Menurut kenyataan tersebut juga, dua penumpang pacuan empat roda tersebut merupakan seorang perempuan berusia 35 tahun dan lelaki 34 tahun.

Sementara maklumat dua lagi tidak diketahui.

Operasi tamat pada 2.15 petang semalam.

Secara Rawak

Artikel Terbaru