Friday, July 30, 2021

Arab Saudi iktiraf Sinovac

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi telah mengiktiraf  Sinovac sebagai satu daripada enam jenis vaksin bagi memasuki negara itu.

“Alhamdulillah, Arab Saudi telah memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke sana,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri  dalam satu hantaran di laman Facebooknya, malam tadi.

Dengan itu bermakna, Arab Saudi kini mengiktiraf enam vaksin Covid-19 iaitu Pfizer-BioNTech, Moderna, AstraZeneca, Janssen, Sinopharm dan Sinovac.

“Tidak ada lagi kerisauan kepada ahli keluarga kita yang khuatir tidak dapat tunaikan haji dan umrah kerana diberi vaksin Sinovac,” ujarnya.

“Sama-sama kita doakan urusan jemaah haji Malaysia yang diluluskan untuk menunaikan haji pada tahun ini, dipermudahkan Allah SWT.

Justeru, katanya, perkara itu dapat disampaikan kepada ahli keluarga yang telah menerima vaksin Sinovac dan berniat untuk tunaikan haji dan umrah akan datang.

Beliau turut berkongsi pautan laman web Kementerian Kesihatan Arab Saudi berhubung perkara itu iaitu https://eservices.moh.gov.sa.

Secara Rawak

Artikel Terbaru