Monday, October 25, 2021

Anda rasa tertekan? Hubungi kami sekarang

Mesti baca

KUCHING: Orang ramai yang mengalami tekanan emosi dan perasaan disarankan menghubungi Community Chat untuk mendapatkan khidmat kaunseling.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata Community Chat boleh dihubungi di talian 082- 311554 yang dibuka 24 jam.

“Penubuhan Community Chat adalah bagi membantu individu, pelajar, keluarga dan masyarakat yang tidak dapat mengawal emosi dan berasa tertekan atau putus asa untuk mendapatkan khidmat kaunseling,” katanya pada sidang media sempena penubuhan Community Chat di Bangunan Baitulmakmur 2, di sini semalam.

Pada masa sama, Fatimah berkata orang ramai yang memerlukan khidmat kaunseling juga boleh menghubungi Cawangan Psikologi dan Kaunseling JKMS (082-448 534) dan Pegawai Psikologi JKMS  Bahagian Kuching (082-507111,082-612173,082-628055,082-843240).

Selain itu, ialah Pegawai Psikolog JKMS Bahagian Samarahan/Serian (082-671191), Pegawai Psikologi JKMS Bahagian Betong/Sri Aman (083-471952), Pegawai Psikologi JKMS Bahagian Sarikei  (084-651005), Pegawai Psikologi JKMS Bahagian Sibu/ Mukah/Kapit (084-330675), Pegawai Psikologi JKMS Bahagian Miri (085-424 534,085-611507) dan Pegawai Psikologi JKMS Bahagian Limbang (085-211930).

Secara Rawak

Artikel Terbaru