Monday, August 2, 2021

Kerajaan stabil penting untuk Malaysia bangkit semua

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa kerajaan yang stabil penting untuk memastikan Malaysia bangkit semula daripada kesan pandemik.

Jadi tanya beliau, daripada mana datang cerita Umno tarik balik sokongan supaya PRU-15 diadakan semasa pandemik sedang berleluasa?

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk memberikan rumusan mudah sahaja untuk difahami iaitu:

Umno mengumumkan untuk menarik balik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri serta merta berdasarkan tujuh sebab mustahak:

  1. Gagal menangani pandemik Covid-19.
  2. Menyalahgunakan Ordinan Darurat.
  3. Gagal mempertahankan sistem demokrasi Berparlimen.
  4. Gagal menguruskan bantuan dan tuntutan rakyat.
  5. Gagal memberi keyakinan dan kepercayaan kepada rakyat.
  6. Gagal mengurus kestabilan politik dan ekonomi.
  7. Memperkotak-katik titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah.

Jelas Ahmad Zahid, selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur Perdana Menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh terhad.

“Perdana Menteri baharu akan fokus kepada usaha membantu kebajikan rakyat sepanjang pandemik.

“Menangani Covid-19 secara inklusif dan memastikan proses vaksinasi rakyat disegerakan,”katanya.

Katanya lagi, setelah mencapai imunisasi kelompok barulah Perdana Menteri baharu menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan PRU-15.

“Ini bagi menyerahkan kembali mandat kepada rakyat membentuk sebuah kerajaan yang stabil,” ujarnya.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada 7 Julai lalu telah membuat menarik balik dan menamatkan sokongan serta-merta kepada  Muhyiddin selaku Perdana Menteri dan mendesak beliau  berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang Perdana Menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad lantaran kegagalannya memenuhi aspirasi rakyat.

Secara Rawak

Artikel Terbaru