Wednesday, September 22, 2021

10 lelaki raikan hari jadi di hadapan rumah dikompaun RM15,000

Mesti baca

PADAWAN: Seramai 10 orang lelaki masing-masing dikenakan kompaun RM1,500 akibat berkumpul bagi meraikan sambutan hari jadi.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata kesemua mereka didapati berkumpul di hadapan sebuah rumah di Skim Penempatan Baru Stapok, sekitar jam 6.30 petang semalam.

Menurutnya, rumah itu diserbu oleh sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan dan dibantu oleh pasukan daripada Balai Polis Kota Sentosa.

“Pemeriksaan di hadapan rumah mendapati terdapat 10 lelaki sedang berkumpul dan duduk di bawah tempat letak kereta sambil menikmati jamuan tanpa mengamalkan penjarakan fizikal.

“Pemilik rumah mengaku bahawa majlis tersebut merupakan sambutan hari lahir yang diadakan untuk saudaranya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aidil berkata, kesemua mereka dikompaun di bawah Peraturan 17(1) atas kesalahan tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

Jelasnya, kesemua individu terbabit bersetuju menerima tawaran kompaun itu, yang perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari sehingga 25 Julai ini.

Secara Rawak

Artikel Terbaru