Monday, August 2, 2021

Remaja perempuan berjudi dalam talian ditangkap polis

Mesti baca

PADAWAN: Seorang remaja wanita berusia 17 tahun ditangkap polis di kedai Jalan Matang semalam, kerana dipercayai menjalankan aktiviti perjudian dalam talian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata, suspek ditahan hasil serbuan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Bau sekitar jam 11.50 pagi.

“Suspek ketika disoal siasat turut mengaku bekerja sebagai penjual judi dalam talian.

“Hasil serbuan Op Dadu turut berjaya mengesan dan merampas barangan kes berupa seunit telefon bimbit jenama VIVO dan wang tunai berjumlah RM125,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dedahnya, semakan rekod polis bagaimanapun mendapati suspek tiada sebarang rekod masalah jenayah lampau.

Ujarnya kes kini disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Secara Rawak

Artikel Terbaru