Tuesday, June 28, 2022

Wanita di Bintulu diperdaya, hilang lebih RM16,000

Secara Rawak

BINTULU: Seorang wanita mengalami kerugian sebanyak RM16,750 selepas diperdaya oleh sindiket penipuan komisen jual beli barangan melalui aplikasi Instagram.

Ketua Polis Daerah Bintulu , Superintendan Zulkipli Suhaili berkata, wanita Cina berusia 33 tahun itu mendakwa dia telah menerima pesanan melalui aplikasi Instagram menawarkan pekerjaan untuk mempromosikan barang dan dijanjikan pulangan lumayan.

Beliau berkata dalam kejadian Khamis lalu, mangsa menerima pesanan melalui aplikasi Instagram menawarkan pekerjaan untuk mempromosikan barang dan dijanjikan pulangan lumayan.

Mangsa, katanya, tertarik dengan tawaran pekerjaan dan habuan kononnya akan mendapat kembali wang yang dilaburkan selain komisen dan berurusan dengan individu yang tidak dikenali melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-4356293.

“Pada mulanya, individu terbabit menghantar pautan dan mengarahkan mangsa untuk menekan pautan tersebut.

“Setelah pautan itu ditekan, mangsa diminta untuk membuat pembayaran ke atas nilai barang yang dipamerkan, ujarnya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu.

Zulkipli berkata, untuk tugasan pertama, mangsa telah membuat pembayaran secara atas talian ke satu akaun bank berjumiah RM1,187.

Untuk tugas pertama pengadu telah menerima bayaran termasuk komisen lima peratus seperti yang djanjikan.

Mangsa, kemudiannya, diarahkan untuk melakukan tugasan kedua, dan pada Khamis(8 Julai), membuat pindahan wang secara atas talian ke satu akaun berjumlah RM9,250 untuk bayaran ke atas tiga pasang kasut.

Pengadu menghubungi individu itu dan bertanyakan tentang bayaran balik termasuk komisen yang dijanjikan, namun pengadu diarahkan untuk membuat tugasan lain bagi melayakkan mendapat bayaran balik termasuk komisen.

Bagaimanapun, wang dan komisen yang dijanjikan tidak diterima selepas mangsa menyelesaikan tugasannya

Mangsa, meminta wangnya dikembalikan termasuk komisen yang dijanjikan,namun pelbagai alasan diberikan selain panggilan ke nombor yang diberikan tidak berjawab.

Menyedari ditipu, mangsa tampil membuat laporan polis semalam(Khamis) di Pusat Sehenti IPD Bintulu dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu,” katanya.

Dalam pada itu, Zulkipli mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan tawaran-tawaran pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mendedahkan makumat peribadi kepada individu yang tidak dikenali, tegasnya lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru