Friday, August 19, 2022

Lelaki hilang di Grand Old Lady akhirnya ditemui

Secara Rawak

MIRI: Lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di Bukit Grand Oil Lady, di sini sejak semalam ditemui selamat pagi semalam.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataan medianya berkata mangsa berusia 87 tahun itu dijumpai pasukan sukarelawan terdiri daripada pelari dan pendaki Miri yang menyertai Operasi Mencari dan Menyelamat(SAR) mangsa.

Operasi SAR hari kedua semalam, katanya, bermula pada jam 6.48 pagi selepas ditangguhkan lewat malam Khamis.

Semasa ditemui, mangsa masih lagi dalam keadaan baik serta boleh berjalan keluar dari lokasi bersama pasukan SAR.

Mangsa,kemudiannya, dihantar ke rumah keluarganya dengan keadaan selamat, menurut kenyataan itu lagi.

Warga emas itu disedrinhilang apabila tidak pulang ke rumah selepas keluar pada jam 3 petang.

Laporan kehilangan mangsa telah dibuat oleh anaknya pada jam 7.45 malam dan gerakan SAR dilancarkan.

Operasi tersebut tamat sepenuhnya pada jam 10.05 pagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru