Wednesday, September 22, 2021

Bayi nyaris maut, pokok tumbang tepat di katil

Mesti baca

LOUISIANA: Cannon, bayi pasangan Courtney dan Kale Buccholtz, berusia 5 bulan nyenyak tidur di katil di rumah mereka di Prairieville, Baton Rouge, apabila pokok tiba-tiba tumbang dan jatuh tepat di katil Cannon.

Insiden menggerunkan itu dirakam kamera monitor bayi tersebut.

Menurut Kale, Cannon yang bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan ketika diletakkan di bilik itu sekitar 2 minit sebelum insiden terbabit berlaku.

Ketika ditemu ramah WBRZ-TV, pasangan itu berharap syarikat insuran membayar kos membaik pulih rumah terbabit, namun bagi mereka yang lebih utama, anak mereka selamat dari sebarang malapetaka.

Kisah pasangan itu disiarkan ktnv 13action news di Youtube dan menerima pelbagai reaksi netizen.

Secara Rawak

Artikel Terbaru